(Salam Wasilah UkhwahFillah dan selamat datang ke laman blog BadrulMukminin.Blogspot.com)

Thursday, September 16, 2010

BICARA HARI MALAYSIA

Setelah 47 tahun penggabungan tanah melayu, sabah dan sarawak hari ini merupakan hari bersejarah buat seluruh rakyat malaysia untuk sama-sama memperingati penggabungan tersebut. Tatkala 47 tahun penggabungan seharusnya kita selaku rakyat malaysia bersyukur kepada ALLAH s.w.t yang memberikan ruang serta peluang dengan limpahan nikmatNya seperti mana yang kita kecapi sekarang.pastinya apabila tiba sahaja 16 september semua orang akan memperkatakan tentang kemerdekaan sabah dan sarawak pada 16 september 1963. Dengan penggabungan ini maka kita mengerti bahawa perlu wujud kefahaman dan kesatuan dikalangan rakyat malaysia dengan bertambahnya kaum-kaum disabah dan sarawak yang pastinya berlainan etnik dan budaya.

Saya selaku rakyat sabah berasa terharu dengan sambutan hari malaysia yang mana rakyat sabah perlu diberi tumpuan daripada aspek pembangunan samada dari sudut material ataupun kerohanian. Gejala sosial dan taraf hidup rakyat sabah yang masih mundur merupakan perkara yang seringkali sukar untuk diselesaikan walaupun negeri ini telah berusia 47 tahun bersama malaysia. Oleh itu rakyat sabah perlu peka apa yang harus dilakukan bagi mencapai kesamatarafan dengan negeri-negeri maju yang lain di malaysia. Perjuangan segelintir rakyat sabah membela kebajikan rakyat sabah perlu diberi pujian kerana semestinya kita menginginkan keadilan kerana kita mengetahui bahawa sabah memiliki khazanah alam semulajadi dan aset yang cukup menguntungkan. Oleh yang demikian perlunya kita sedar akan hal ini agar kita tidak menjadi rakyat sabah yang terus tertinggal.

Tersentuh hati bila ada segelintir masyarakat yang membandingkan sabah dan semenanjung, apakah kita selaku rakyat sabah masih terus berpeluk tubuh tanpa melakukan sebuah transformasi samada dari sudut pentadbiran mahupun pemikiran. Jesteru kita seharusnya membuka mata kita seluas-luasnya termasuklah mata hati dan jiwa kita menerima sesuatu yang lain daripada kebiasaan. Saya selaku rakyat sabah menyokong perutusan presiden PAS tuan guru Hj Hadi Awang sempena hari malaysia yang mana ingin meletakkan keadilan berasaskan al-quran sebagai panduan kejayaan perpaduan rakyat malaysia termasuk etnik di sabah dan sarawak. Islam sentiasa mengajar umatnya agar senantiasa menjaga hubungan sesama manusia walaupun berlainan bangsa dan agama. Oleh itu perlu kita mengambil iktibar betapa pentingnya perpaduan dan keadilan sepertimana yang dianjurkan oleh islam dihayati dan difahami sepenuhnya, janganlah kita mudah terpedaya dan terpengaruh sebaliknya berfikiran matang dan berani mencuba.SELAMAT HARI MALAYSIA.

Friday, September 3, 2010

Simbolisme ketika sambut Lailatul Qadar

LAILATUL Qadar adalah satu malam yang amat agung, kerana ia telah dipilih Allah SWT sebagai malam permulaan Nuzul Quran. Ia permulaan melimpahkan cahaya agama Allah SWT ke seluruh alam di samping limpahan kesejahteraan dan kedamaian yang memancar daripada hidayat Allah (al-Quran) ke atas hati dan kehidupan manusia. Dalam surah al-Qadar ayat terakhir Allah SWT menyebut tanda-tandanya: Sa laamun hiya hatta matla‘il fajr - malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. Jadi jelas tandanya tidak bersifat lahiriah kerana kedamaian itu adalah sesuatu yang dirasakan. Justeru, dalam surah ad-Dukhan ayat tiga Lailatul Qadar disebut Laylatun mubaarakah kerana kedamaian hati yang bersumber terus daripada Allah adalah berkat yang paling tinggi. Ia bagaikan air sejuk bagi musafir yang kehausan.

Al-Quran adalah sumber pengetahuan tertinggi dan kerananya, kebenarannya tidak diragukan. Ia hanya dapat dicapai melalui darjat intelektual paling tinggi iaitu intelek kenabian. Sekurang-kurangnya jika kita dapat sekadar percikannya pada malam Lailatul Qadar bermakna mujahadah kita waktu itu berhasil menyentuh intelek kenabian. Itulah kenikmatan, sekali gus berkat yang paling tinggi. Inilah malam yang sangat dinantikan oleh umat Islam, malam yang penuh barakah dan lebih baik dari 1,000 bulan. Pada malam itu turun rahmat dan kebaikan-Nya. Pengalaman mendapatkan Lailatul Qadar merupakan pengalaman spiritual dan individual. Tidak semua orang mampu mendapatkannya. Ia tidak boleh dicapai hanya dengan kehadiran kita pada malam-malam ganjil 10 malam terakhir Ramadan.

Rasulullah SAW bersabda: Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam terakhir, pada malam ganjil. (riwayat Bukhari dan Muslim). Tentang bila datangn Lailatul Qadar, banyak riwayat mengaitkan dengan malam-malam ganjil di 10 hari terakhir. Mungkin ini ada hubungannya dengan hadis lain yang menyebutkan bahawa “Allah itu ganjil dan menyenangi yang ganjil-ganjil.”

Bagi pencinta tuhan yang mencintaiNya dengan penuh keikhlasan tidak penting bila Lailatul Qadar itu turun. Yang penting baginya adalah menunjukkan kerinduannya kepada kekasihnya secara sungguh-sungguh.Intinya adalah mujahadah iaitu kesungguhan menghidupkan bulan Ramadan dan ritual (yang dibenarkan syariat).

Rujukan : laman agama utusanonline.