(Salam Wasilah UkhwahFillah dan selamat datang ke laman blog BadrulMukminin.Blogspot.com)

Thursday, September 16, 2010

BICARA HARI MALAYSIA

Setelah 47 tahun penggabungan tanah melayu, sabah dan sarawak hari ini merupakan hari bersejarah buat seluruh rakyat malaysia untuk sama-sama memperingati penggabungan tersebut. Tatkala 47 tahun penggabungan seharusnya kita selaku rakyat malaysia bersyukur kepada ALLAH s.w.t yang memberikan ruang serta peluang dengan limpahan nikmatNya seperti mana yang kita kecapi sekarang.pastinya apabila tiba sahaja 16 september semua orang akan memperkatakan tentang kemerdekaan sabah dan sarawak pada 16 september 1963. Dengan penggabungan ini maka kita mengerti bahawa perlu wujud kefahaman dan kesatuan dikalangan rakyat malaysia dengan bertambahnya kaum-kaum disabah dan sarawak yang pastinya berlainan etnik dan budaya.

Saya selaku rakyat sabah berasa terharu dengan sambutan hari malaysia yang mana rakyat sabah perlu diberi tumpuan daripada aspek pembangunan samada dari sudut material ataupun kerohanian. Gejala sosial dan taraf hidup rakyat sabah yang masih mundur merupakan perkara yang seringkali sukar untuk diselesaikan walaupun negeri ini telah berusia 47 tahun bersama malaysia. Oleh itu rakyat sabah perlu peka apa yang harus dilakukan bagi mencapai kesamatarafan dengan negeri-negeri maju yang lain di malaysia. Perjuangan segelintir rakyat sabah membela kebajikan rakyat sabah perlu diberi pujian kerana semestinya kita menginginkan keadilan kerana kita mengetahui bahawa sabah memiliki khazanah alam semulajadi dan aset yang cukup menguntungkan. Oleh yang demikian perlunya kita sedar akan hal ini agar kita tidak menjadi rakyat sabah yang terus tertinggal.

Tersentuh hati bila ada segelintir masyarakat yang membandingkan sabah dan semenanjung, apakah kita selaku rakyat sabah masih terus berpeluk tubuh tanpa melakukan sebuah transformasi samada dari sudut pentadbiran mahupun pemikiran. Jesteru kita seharusnya membuka mata kita seluas-luasnya termasuklah mata hati dan jiwa kita menerima sesuatu yang lain daripada kebiasaan. Saya selaku rakyat sabah menyokong perutusan presiden PAS tuan guru Hj Hadi Awang sempena hari malaysia yang mana ingin meletakkan keadilan berasaskan al-quran sebagai panduan kejayaan perpaduan rakyat malaysia termasuk etnik di sabah dan sarawak. Islam sentiasa mengajar umatnya agar senantiasa menjaga hubungan sesama manusia walaupun berlainan bangsa dan agama. Oleh itu perlu kita mengambil iktibar betapa pentingnya perpaduan dan keadilan sepertimana yang dianjurkan oleh islam dihayati dan difahami sepenuhnya, janganlah kita mudah terpedaya dan terpengaruh sebaliknya berfikiran matang dan berani mencuba.SELAMAT HARI MALAYSIA.

No comments: