(Salam Wasilah UkhwahFillah dan selamat datang ke laman blog BadrulMukminin.Blogspot.com)

Monday, June 14, 2010

ISLAM adil untuk semua

Pada 12 jun 2010 alhamdulillah saya berkesempatan menghadiri muktamar pas kali ke 56 di pengkalan chepa kelantan, negeri serambi mekah buat pertama kali dijejaki telah melunaskan impian saya untuk bertandang ke sana. Perjalanan yang mengambil masa kurang lebih 7 jam sangat memenatkan namun riak hati terus teruja untuk melihat sendiri negeri kelantan dibawah kepimpinan ulama. Daripada kuantan pahang ke kuala terengganu kemudian setibanya ke kota bharu dan bertemu dengan sahabat seperjuangan di kelantan merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan.

Muktamar ke 56 telah berlangsung di pusat tarbiyah islamiyah kelantan ( putik ) bermula sejak hari jumaat lagi dan berakhir pada hari ahad. Kunjungan saya pada hari kedua muktamar cukup mengejutkan saya dengan beribu-ribu orang membanjiri kawasan muktamar daripada seluruh pelusuk negeri, apa yang lebih mengejutkan saya terdapat segelintir pemuda yang menghadiri muktamar dengan berkonvoi daripada negeri pulau pinang. Sesuatu yang cukup mengharukan saya, hal ini membuktikan kepimpinan pas yang diterajui oleh golongan ulama mendapat sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat samada yang tua atau yang muda.

Bertemakan “ islam adil untuk semua “ yang ingin dibawa pada muktamar kali ini, saya melihat islam sememangnya agama yang mengajar umatnya bersikap adil dalam segala aspek kehidupan. Adil terhadap perkara-perkara remeh sehingga perlu adil terhadap golongan bukan islam. Tema yang dibawah sememangnya bersesuaian untuk membuktikan bahawa islam bukanlah agama yang jumud dan pas merupakan sebuah parti yang membawa islam dan mampu untuk menerajui kepimpinan negara.

Perbahasan daripada perwakilan sememangnya cukup menarik, apa yang menarik perhatian saya adalah perbahasan daripada perwakilan dewan ulama dan pemuda pas yang menyatakan bahawa pas perlu mengekalkan dasar perjuangannya iaitu dasar islam yang dibawa sejak penubuhannya lagi, oleh yang demikian pas perlu terus kekal menerajui islam dalam kepimpinannya dan tidak sesekali menyimpang daripada dasar tersebut.

Pada sebelah malamnya pula telah berlangsung ceramah khas sempena muktamar yang diserikan dengan ceramah 2 tok guru disamping ucapan-ucapan daripada parti islam daripada negara luar seperti HAMAS, MILF dan lain-lain lagi.

Seharian berada di negeri serambi mekah sememangnya cukup meletihkan namun itulah pengalaman yang sangat menyeronokkan dengan meninggalkan kelantan pada keesokan harinya dengan kenangan yang sukar dilupakan. Moga Allah terus memberkati kelantan serta mencurahkan rahmatNya yang tidak terhingga kepada kelantan dan negara Malaysia yang tercinta.



No comments: