(Salam Wasilah UkhwahFillah dan selamat datang ke laman blog BadrulMukminin.Blogspot.com)

Saturday, August 7, 2010

Melaratkah masalah mahasiswa jika dibandingkan.......

proses pertukaran jarum

Pada 30 julai 2010 merupakan hari terakhir saya bersama rakan-rakan yang lain melapor diri di agensi drugs intervention community bagi melengkapkan pra syarat bergraduasi dengan menjalani praktikal selama 3 bulan. Terlalu banyak kenangan suka dan duka dilalui sepanjang menjalani latihan praktikum disamping memperolehi ilmu dan pengalaman yang cukup bermakna dalam diari kehidupan saya. Rasa seperti tak puas dengan gerak kerja yang dilakukan namun masa yang tidak mencukupi menyebabkan banyak hal masih lagi tidak selesai. Berhadapan dengan masalah sosial yang sebenar-benarnya di negeri pahang darul makmur ini menyebabkan segala keupayaan diri yang ada diperah sekuat-kuatnya semata-mata membantu insan yang sangat memerlukan. Berhadapan dengan golongan penagih, pekerja seks, ibu tunggal, dan pelbagai golongan berpenyakit mengajar saya erti sebuah kehidupan. Hak yang sepatutnya mereka terima kini sekurang-kurangnya sedikit terbela hanya berpandukan kepada ilmu yang diterap ketika berada di universiti dahulu.

Masih terdetik di celah-celah hati dan fikiran saya nasihat dan teguran abang-abang DIC yang terlalu banyak mngajar saya dalam profesion ini antaranya “ sekiranya kita ingin menolong orang buatlah sepertimana kita tolong kita sendiri, insyaAllah jika kita tolong orang, Allah akan tolong kita”. Berpandukan kepada kata-kata ini saya memberanikan diri mengambil kes-kes seperti kes penagih yang mengalami krisis rumah tangga, seorang wanita yang hidup sebatang kara dengan mengalami penyakit kronik, insan-insan yang hampir ke tahap AIDS, seorang anak yatim merupakan anak istimewa juga insan kurang upaya yang mana saya yakin tidak semua orang berminat mendengar rintihan keluhan sebegini. Oleh yang demikian persepsi diri kita perlu diubah, mereka bukan sekadar memerlukan bantuan malah penerimaan masyarakat juga perlu semata-mata mengembalikan semula kefungsian mereka dalam kumpulan masyarakat.

Saya mengambil ikhtibar daripada perjalanan praktikum saya bahawasanya kita sebagai golongan yang tergolong sebagai insan bernasib baik, dikurniakan oleh Allah dengan sedikit kelebihan perlu sedar kita terlalu banyak tanggung jawab yang perlu dilakukan, masih ada insan yang memerlukan khidmat kita, terlalu banyak masalah sosial disekeliling kita tanpa disedari hari demi hari meningkat atas sikap acuh tak acuh dalam diri kita. Peranan mahasiswa kini melebar sebagai golongan intlektual....memang sukar untuk membendung masalah yang melanda mahasiswa kini tetapi anda harus ingat adakah masalah itu terlalu sukar sehinggakan kita asyik mengeluh dan kadang-kadang berputus asa sehinggakan nak laksanakan program semata-mata untuk membantu mahasiswa kita gagal laksanakan dengan gerak kerja yang terbaik, oleh itu fikirkanlah sejauhmana usaha kita membendung masalah sosial yang berlaku di alam universiti jika kita nak bandingkan dengan realiti masalah masyarakat yang jauh lebih sukar untuk diselesaikan.




No comments: