(Salam Wasilah UkhwahFillah dan selamat datang ke laman blog BadrulMukminin.Blogspot.com)

Tuesday, October 12, 2010

KESERONOKAN BERGRADUASI


Proses pembelejaran selama 3 tahun di universiti malaysia sabah telah berjaya dilalui, ilmu yang ditimba telah memberi seribu keseronokan kepada semua graduan di hari konvokesyen melambangkan nilai yang terlalu tinggi dalam pencapaian akademik. Masa yang pantas berlalu sedar tak sedar akhirnya tembok besar berjaya diruntuhkan oleh graduan universiti sekaligus berjaya mengharungi perjuangan zaman kemahasiswaan. Kini pastinya setiap graduan memikirkan pula masa depan masing-masing, masa depan yang harus dibina terutamanya dalam menjana dan menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat. Ilmu yang ditimba selama 3 atau 4 tahun seharusnya menjadi medan terbaik para graduan dalam mengharungi dunia tanpa sempadan yang mana kita perlu sedar bahawa golongan sebegini adalah sangat diperlukan oleh negara. Gelaran golongan intlektual negara akan menjadi lebih tepat sekiranya kita mampu membawa perubahan yang terbaik kepada agama bangsa dan negara selari dengan pencapaian yang kita perolehi.

Dalam keseronokan kita bergraduasi nikmat ini seharusnya menjadi titik tolak kepada semua graduan dalam membina jati diri seorang graduasi yang bertakwa. Nilai yang di semai oleh universiti harus diterapkan seratus peratus bertepatan dengan serangkap lirik lagu universiti iaitu “ ilmu iman sumber pedoman, bakti curah kasih budiman “. Oleh itu tidak lengkapla sekiranya para graduasi gagal menjadi seorang hamba yang bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t. nikmat ilmu mahupun pengalaman sepanjang di universiti menjadi wadah dalam kita membina bangsa yang bersyukur sekaligus masyarakat yang sentiasa mendahulukan Allah dalam segala aspek. Jangan jadi graduan yang bongkak yang hanya tahu memanfaatkan ilmu semata-mata untuk diri sendiri.

Oleh yang demikian, tangan seharusnya ditadah memohon ke hadrat Ilahi memohon seribu keberkatan atas segala ilmu yang kita perolehi sekaligus melahirkan rasa kesyukuran atas kejayaan yang dititi. Tidak lupa juga sekalung apresiasi kepada kedua orang tua kita yang tidak pernah kenal erti jemu dalam memberikan kita pendidikan yang terbaik agar kita menjadi insan yang berguna pada masa akan datang. Pada kesempatan ini saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua graduan UMS khasnya dan graduan universiti seluruh negara amnya,moga-moga kita tergolong dalam golongan graduan yang bertakwa yang mampu memacu perubahan jati diri bangsa sekaligus menegakkan islam yang tercinta.

No comments: