(Salam Wasilah UkhwahFillah dan selamat datang ke laman blog BadrulMukminin.Blogspot.com)

Friday, October 15, 2010

PROGRAM KETUA PEMUDA PAS PUSAT DI TAWAU

Pada hari ini 15 oktober 2010, Tawau bumi peladang sangat bertuah kerana dikunjungi oleh orang yang tidak asing lagi dalam arena politik tanah air iaitu ustaz Nasruddin Tantawi yang merupakan ketua pemuda PAS pusat. Beliau yang tiba di sabah atas urusan munaqasyah di Tawau, Batu sapi dan kota kinabalu disamping mengupas ucapan presiden. Pada kesempatan itu juga PAS Tawau telah mengambil ruang dan peluang tersebut mengadakan sesi dialog ketua pemuda bersama pemuda dan muslimat tawau yang berlangsung di pejabat PAS kawasan Tawau petang tadi. Saya merupakan antara insan yang sangat bertuah kerana diberikan peluang oleh Allah s.w.t bertemu dengan ustaz Nasruddin Tantawi yang juga merupakan AJK pas pusat. Sebelum sesi dialog tersebut sekali lagi saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana ustaz sudi menyampaikan khutbah jumaat di masjid Al-Falah yang merupakan masjid kampung halaman saya. Khutbah yang cukup bersemangat disampaikan oleh ustaz bertajuk taqwa telah menarik minat penduduk kampung dengan kekusyukan mendengar mesej-mesej yang cuba disampaikan oleh ustaz.

Pada sesi dialog tersebut terdapat beberapa perkara yang sangat ditekankan oleh ketua pemuda kepada anak-anak jati Tawau untuk dicapai antaranya ialah kekuatan pejuang, menurut beliau PAS sangat menitik beratkan kekuatan ahlinya terutama dalam aspek fikrah, akidah dan sahsiah yang juga merupakan kunci kejayaan terhadap masa depan jemaah, selain itu kemantapan organisasi juga antara perkara yang sangat dititik beratkan sekiranya ingin melihat kejayaan PAS di sabah. Semua kawasan atau cawangan di sabah disaran untuk sentiasa aktif terutamanya dalam usaha mempopularkan aktiviti PAS kepada masyarakat semata-mata menunjukkan bahawa PAS merupakan sebuah parti yang mampu mentadbir negara berlandaskan syariat islam dan adil kepada semua rakyat. Perkara terakhir yang disampaikan oleh beliau ialah berkaitan dengan ketajaman strategi, politik dan dakwah jemaah, perkara ini perlu dimantapkan dari masa ke semasa kerana ia merupakan aspek penting ke arah kemenangan islam dibumi sabah ini.

Sesi dialog yang berlangsung kira-kira 2 jam tersebut meninggalkan saya dengan perkongsian ilmu dan pengalaman yang sangat menarik daripada seorang pimpinan PAS sehingga kini terus istiqomah memperjuangkan islam. Beliau menyatakan bahawa kehadiran beliau hanyalah semata-mata sebagai pencetus idea kepada anak bangsa sabah setaraf dengan rakan seperjuangan di semenanjung. Yang pastinya saya mengharapkan kehadiran beliau di negeri bawah bayu ini mencetus sebuah perubahan terhadap negeri sabah yang kini masih jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri yang lain, perubahan tak kira dari sudut pemikiran, pentadbiran mahupun kefahaman islam adalah sangat perlu dalam menjana generasi al-quran dan sunnah. Program ustaz nasruddin tantawi diteruskan dengan kuliah maghrib di taman wawasan dan seterusnya ceramah umum di kampung pasir putih sebelum munaqasyah pada esok hari.


No comments: