(Salam Wasilah UkhwahFillah dan selamat datang ke laman blog BadrulMukminin.Blogspot.com)

Monday, April 19, 2010

10 HAK KITA

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

1. HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3. HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. HAK KEPADA MIZAN (Neraca timbangan amal pada hari akhirat)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. HAK KEPADA SIRAT (Titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. HAK KEPADA MALIK (Penjaga neraka)
Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak.

8. HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat penjaga syurga)
Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W.
Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T.
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Peperiksaan yang kian tiba, bersediakah kita?

Peperiksaan akhir semester bakal tiba, suasana pembelajaran kian ketara di universiti Malaysia Sabah, kebanyakkan mahasiswa kini sibuk membelek semula nota, mengulang kaji semila pelajaran yang telah dilalui setelah 14 minggu berada di dewan kuliah. Dalam sedar tak sedar sehari jika bersungguh mungkin memakan masa 10 hingga 12 jam kita mampu untuk mengulang kaji pelajaran dan sekiranya paling sedikitpun adalah sebanyak 2 jam. Inilah tabiat saban tahun mahasiswa tidak kira mahasiswa UMS atau mahasiswa universiti lain. Persoalan yang timbul dihati penulis bersediakah kita menghadapi satu ujian yang sangat besar dalam diari kehidupan kita selaku mahasiswa. Persoalan ini timbul kerana diri ini juga adalah seorang mahasiswa yang turut akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Bersedia atau tidak sebenarnya ianya terpulang pada peribadi mahasiswa itu sendiri..teringat kata-kata seorang ustaz, “time-time exam macamni seorang pelajar tak boleh belajar secara study hard tetapi study smart” jika direnung-renungkan semula kata-kata ini ada kebenarannya, yalah apa tidaknya kalau belajar sehingga larut malampun tetapi langsung tidak faham apa yang dibaca ia merupakan suatu kerugian begitu juga sebaliknya.

Selaku mahasiswa muslim kita harus percaya bahawa peperiksaan yang kian tiba merupakan salah satu jihad akademik yang perlu kita hadapi, kini tiba masanya islam memimpin semula kecemerlangan. Kita seharusnya menganggap bahawa apa yang kita lakukan adalah sebagai suatu pengorbanan yang insyaAllah mendapat ganjaran yang setimpal daripada ALLAH S.W.T. Sekiranya kita rajin berusaha insyaALLAH akan memperolehi keputusan yang cemerlang. Persediaan dari segi rohani dan jasmani perlu diselarikan, erti kata lain belajar-belajar juga tetapi jangan lupa solat. Penulis juga berpesan pada diri dan sahabat-sahabat yang lain agar sentiasa berdoa memohon pertolonganNya kerana harus kita faham tidak ada seorangpun yang boleh menjadi penolong selain ALLAH S.W.T. Persoalan bersediakah kita, kita akan bersedia sekiranya amalan rohani kita terjaga kerana disitu hadirnya keyakinan dengan usaha yang kita buat.

Bak kata ulama:

“ orang yang berhati-hati akan berjaya mencapai apa yang dicita-citakannya dan orang yang selalu berusaha melakukan kebaikkan akan mendapat kemenagan. Terburu-buru adalah kemandulan dan keinginan adalah kerugian”...Renung-renungkanlah.

Selamat menduduki peperiksaan akhir semester dan semoga kita semua berjaya dengan berkat pertolongan ALLAH S.W.T.

Selamat datang kembali ke dunia blogger

Salam wasilah ukhwafillah, terharu rasanya dapat menulis semula di blog sendiri, setelah sekian lama blog ini menyepi tanpa sebarang posting, hari ini alhamdulillah saya menghabiskan masa sehari suntuk mengatur semula blog saya yang lama saya tak kunjungi. Entah tiba-tiba tergerak dihati untuk menulis semula di blog sendiri, jika sebelum ini saya banyak menghabiskan masa dengan menulis di blog rasmi EKSAH AB tapi kini, harapan saya agar blog personal ini juga mampu berfungsi seperti blog sahabat-sahabat yang lain. Walaupun blog ini nampak baru tetapi telah berjaya posting sebanyak 10 isu, namun atas hal-hal tertentu saya terpaksa padam, dan kini saya ingin kembali menulis isu-isu yang mampu memberi manfaat kepada mahasiswa dan masyarakat di luar sana.

Melalui penulisan blog ini saya mengharapkan konsep menerima dan memberi wujud agar pertambahan ilmu dan dakwah berkembang. Sikap kita selaku masyarakat apatah lagi mahasiswa yang dikatakan berada dalam golongan intlektual seharusnya bijak menilai baik buruk suatu perkara. Oleh yang demikian mana yang baik jadikanlah teladan dan mana yang buruk dijadikan sempadan. Moga-moga kita tidak tergolong dikalangan orang-orang yang memusnahkan kreativiti orang lain.

Penulis juga mengharap agar ramai lagi dikalangan mahasiswa dan masyarakat luar mengilhamkan sesuatu melalui penulisan di blog atau rangkaian informasi yang lain agar kita mampu menjadi seorang model berguna kepada masyarakat, kitalah agen pengubah dengan menyampaikan risalah-risalah dan informasi-informasi tak kira dari aspek politik, sosial atau ekonomi.

Thursday, May 7, 2009

kasih mama

> >Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

> >Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.
> >Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

> >Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

> >Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

> >Masa terus berlalu...

> >Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

> >Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

> >Setahun berlalu...

> >"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah
mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

> >Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

> >"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.

> >"Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

> >Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

> >Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

> >Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

> >"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

> >Ps :

> >Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta
> >sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi
> >pengorbanan tanpa diketahui.

waaa….hebatnya kasih ibu….so selamat bercuti bersama ibu dan keluarga tersayang.