(Salam Wasilah UkhwahFillah dan selamat datang ke laman blog BadrulMukminin.Blogspot.com)

Monday, April 19, 2010

Peperiksaan yang kian tiba, bersediakah kita?

Peperiksaan akhir semester bakal tiba, suasana pembelajaran kian ketara di universiti Malaysia Sabah, kebanyakkan mahasiswa kini sibuk membelek semula nota, mengulang kaji semila pelajaran yang telah dilalui setelah 14 minggu berada di dewan kuliah. Dalam sedar tak sedar sehari jika bersungguh mungkin memakan masa 10 hingga 12 jam kita mampu untuk mengulang kaji pelajaran dan sekiranya paling sedikitpun adalah sebanyak 2 jam. Inilah tabiat saban tahun mahasiswa tidak kira mahasiswa UMS atau mahasiswa universiti lain. Persoalan yang timbul dihati penulis bersediakah kita menghadapi satu ujian yang sangat besar dalam diari kehidupan kita selaku mahasiswa. Persoalan ini timbul kerana diri ini juga adalah seorang mahasiswa yang turut akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Bersedia atau tidak sebenarnya ianya terpulang pada peribadi mahasiswa itu sendiri..teringat kata-kata seorang ustaz, “time-time exam macamni seorang pelajar tak boleh belajar secara study hard tetapi study smart” jika direnung-renungkan semula kata-kata ini ada kebenarannya, yalah apa tidaknya kalau belajar sehingga larut malampun tetapi langsung tidak faham apa yang dibaca ia merupakan suatu kerugian begitu juga sebaliknya.

Selaku mahasiswa muslim kita harus percaya bahawa peperiksaan yang kian tiba merupakan salah satu jihad akademik yang perlu kita hadapi, kini tiba masanya islam memimpin semula kecemerlangan. Kita seharusnya menganggap bahawa apa yang kita lakukan adalah sebagai suatu pengorbanan yang insyaAllah mendapat ganjaran yang setimpal daripada ALLAH S.W.T. Sekiranya kita rajin berusaha insyaALLAH akan memperolehi keputusan yang cemerlang. Persediaan dari segi rohani dan jasmani perlu diselarikan, erti kata lain belajar-belajar juga tetapi jangan lupa solat. Penulis juga berpesan pada diri dan sahabat-sahabat yang lain agar sentiasa berdoa memohon pertolonganNya kerana harus kita faham tidak ada seorangpun yang boleh menjadi penolong selain ALLAH S.W.T. Persoalan bersediakah kita, kita akan bersedia sekiranya amalan rohani kita terjaga kerana disitu hadirnya keyakinan dengan usaha yang kita buat.

Bak kata ulama:

“ orang yang berhati-hati akan berjaya mencapai apa yang dicita-citakannya dan orang yang selalu berusaha melakukan kebaikkan akan mendapat kemenagan. Terburu-buru adalah kemandulan dan keinginan adalah kerugian”...Renung-renungkanlah.

Selamat menduduki peperiksaan akhir semester dan semoga kita semua berjaya dengan berkat pertolongan ALLAH S.W.T.

No comments: