(Salam Wasilah UkhwahFillah dan selamat datang ke laman blog BadrulMukminin.Blogspot.com)

Wednesday, April 21, 2010

PRK HULU SELANGOR SEMAKIN HANGAT


Arus politik tanah air kini lebih tertumpu kepada pilihanraya kecil hulu selangor yang dijangkakan berlangsung 25 april ini. Pakatan rakyat mencalonkan Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat manakala Barisan Nasional meletakkan calon India P.kamalanathan. Berdasarkan pemerhatian penulis mengenai pilihanraya kecil ini, saya mendapati media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha memenangkan calon masing-masing, namun apa yang dapat dilihat sejauhmana sebuah media tersebut mampu menyampaikan informasi yang benar lagi sahih. Minda politik rakyat malaysia kini merupakan minda politik yang bukan senang untuk diperkotak katikkan, kini rakyat tahu mana benar mana salah. Oleh yang demikian apa yang dilihat melalui beberapa akhbar tempatan dan blogger, fitnah serta kritikan tidak henti-henti berlaku. Menyerang peribadi seseorang apabila menjelang pilihanraya apatah lagi dia adalah seorang calon, apakah tindakan tersebut dikatakan masuk akal, apakah maksud disebalik fitnah-fitnah yang berlaku di akhbar dan blog-blog.

Bagi mahasiswa terutamanya rakyat selangor harus menyedari bahawa melalui taktik-taktik ini kita sudah mengetahui siapa benar dan siapa salah, kita selaku mahasiswa juga sudah mampu menilai perjuangan mana yang lebih telus. Harus diingat bahawa seorang menteri yang sanggup melepaskan jawatannya dalam kabinet semata-mata membela nasib rakyat di ISA harus dipuji. Sekali lagi penulis berpendirian tegas bahawa mentaliti rakyat kini telah berubah dan mengharapkan mahasiswa sentiasa peka dengan informasi-informasi politik tanah air kerana ia melibatkan hak kita selaku rakyat malaysia. Ayuh bersama membuat perubahan.

Kenyataan ini adalah pandangan penulis setelah membuat analisis melalui media-media semasa termasuk media Umno dan Media pakatan rakyat.

No comments: