(Salam Wasilah UkhwahFillah dan selamat datang ke laman blog BadrulMukminin.Blogspot.com)

Sunday, April 25, 2010

KEPIMPINAN DALAM KENANGAN


Setelah lebih kurang 3 bulan mengundurkan diri daripada platform kampus, kini suasana semakin banyak berubah, kepimpinan yang tercetus sekitar julai 2008 setelah menang pilihanraya kampus dan meneruskan kepimpinan lebih kurang setahun lebih meninggalkan terlalu banyak kenangan suka dan duka bersama rakan-rakan EKSAH AB yang lain. Kerusi EKSAH peringkat kolej bukanlah pilihan bagi mana-mana mahasiswa universiti kerana melihat kapasiti kerusi tersebut sebagai suatu yang spesifik untuk golongan tertentu dan bukanlah kerusi rebutan jika diistilahkan sebagai “ famous “. Namun bagi saya semua itu adalah tidak penting kerana amanah yang dipikul walau sekecil manapun tetap dalam pemerhatian ALLAH S.W.T, dengan berbekalkan tenaga kurang daripada 10 orang, platform yang saya pegang pada mulanya nampak kaku, komitmen yang ditunjukkan tersangat kurang. Detik-detik ini merupakan suatu malapetaka bagi diri saya, tertekan dan kadang-kadang mulai bosan dengan peranan dan tugas yang sukar dipikul. Namun segalanya berakhir dengan kenangan manis kerana sokongan dan dokongan semua ahli akhirnya selangkah-demi selangkah membuat perubahan semata-mata berobjektifkan untuk mengubah sahsiah mahasiawa kearah yang lebih positif.


Kekuatan ahli akhirnya bertambah sekitar bulan julai 2009, mahasiswa dikalangan tahun satu dibawa bersama berjinak-jinak dalam bidang organisasi khususnya dalam perlaksanaan program dakwah yang bermanfaat untuk mahasiswa. Ketika dan saat inilah maka EKSAH melangkah tanpa menoleh kebelakang melaksanakan aktiviti-aktiviti kolej yang berfaedah. Saya sungguh terharu malah kagum dengan semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh ahli, tanpa mengeluh mereka tetap melaksanakan kerja mereka seperti yang diarahkan. Walaubagai manapun tidak dinafikan kadang-kadang ada juga yang tertekan, bermasam muka tetapi semua itu saya anggap sebagai suatu lumrah dalam berorganisasi. Jika nak diceritakan memang terlalu banyak untuk dirungkai, namun sekarang semuanya biarlah jelas dan berterusan, kepada kepimpinan EKSAH dan ahli EKSAH pada sesi ini, saya tinggalkan anda-anda sekalian harapan yang menggunung agar EKSAH sentiasa mempunyai prestasi yang baik diperingkat kolej, nak ubah mahasiswa keseluruhannya maka biarlah ia bermula di kolej dan biarlah peranan itu kita pikul walau ramai yang mengkritik tapi hati tetap disuntik dengan semangat dan kesedaran yang tinggi. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada saff kepimpinan EKSAH sesi lalu, sesungguhnya anda semua terlalu banyak membantu dan mengajar saya erti perjuangan. Biarlah kita tidak dipandang hebat tetapi segala khidmat bakti yang kita buat moga sentiasa tersemat dihati-hati mahasiswa. Ingatlah ALLAH tidak pandang sejauhmana kejayaan yang boleh kita capai tapi keutamaannya ALLAH pandang sejauhmana kita berusaha untuk mendapat hasil yang terbaik.


Hari ini dan hari seterusnya saya bakal memulakan lipatan sejarah yang baru, walaupun sempat selama 3 bulan menjadi penasihat namun harus saya akui peranan saya terlalu jauh berbeza, jika dahulu merangka, berfikir, mengeluarkan pandangan atau membuat keputusan tetapi sekarang hanya mampu memberi nasihat. Jesteru kepada adik-adik EKSAH sekalian saya berpesan agar adik-adik sentiasa mendukung perjuangan EKSAH di kampus, tidak kiralah anda duduk di platform apa sekalipun tapi laksanakanla tugas dengan sepenuh hati dan rasa bertanggung jawab, jangan mudah berputus asa kerana saya menganggap bahawa saya berjaya meninggalkan para sekretariat yang hebat, mampu berdikari dan berpandangan jauh dari segenap perkara.


Kapal berlayar kerana kebal

Lautan bergolara ditempuh berani

Eksah ibarat organ yang kekal

Menabur jasa berbudi pekerti.



No comments: