(Salam Wasilah UkhwahFillah dan selamat datang ke laman blog BadrulMukminin.Blogspot.com)

Wednesday, April 28, 2010

TAARUF DALAM USRAH: SEKADAR MANIS DIBIBIR


Dalam mengharungi medan dakwah usrah merupakan perkara pokok yang harus dianggap penting oleh ahli gerakan islam, malah ia menjadi nadi kerana islam memandang sangat mustahak hal yang bersangkut paut dengan ikatan perpaduan. Sepanjang pemerhatian dan pengamatan saya selama lebih kurang setahun sebagai pimpinan kampus dan sedikit sebanyak mempunyai tanggungjawab dalam urusan pemantaun usrah, usrah yang dihasilkan terutamanya ahli gerakan kampus masih berada dalam tahap yang mengelirukan, kadang-kadang gagal mewujudkan suasana usrah yang bertepatan dengan maksud usrah itu sendiri yakni “keluarga”, entah dimana silapnya maka saya meneliti semula dengan membuat penilaian termasuklah usrah yang telah saya jalankan. Sekiranya kita nak mempersoalkan kesilapan yang wujud maka kita akui sebagai insan biasa memang terlalu banyak kesilapan dan kelompangan yang berlaku, semuanya berpunca kerana kita gagal memahami rukun yang dianggap asas dalam usrah. Apa yang boleh saya katakan kita “Sekadar manis dibibir tapi tersangat pahit dengan realiti sebenar” lidah mudah berkata tapi gagal menyempurnakannya dengan perbuatan.


Dalam sebuah kitab karangan Imam Hassan Al-Banna yang bertajuk “ usrah dan dakwah “ telah menggariskan 3 rukun yang mana semua sedia maklum iaitu yang pertama disebut ta`aruf atau berkenalan. Rukun yang pertama dalam kitab ini menekankan hakikat “ ukhwah” ataupun persaudaraan dikalangan ahli, ia dianggap TERSANGAT penting sehinggakan Imam Hassan Al-Banna mengatakan “ jangan ada apapun juga yang boleh merosakkan perhubungan ukhwah itu” ini bermakna tidak seharusnya ada perbuatan yang kita lakukan sehingga boleh menjejaskan perhubungan yang telah terbina . MAKA SAYA BERPANDANGAN KITA GAGAL DALAM RUKUN YANG PERTAMA INI kerana sepanjang pemerhatian saya kita hanya mampu membuatnya ketika dalam usrah sahaja tetapi gagal mempraktikkannya ketika diluar usrah. Pengamatan saya tetap menebal pada rukun usrah yang pertama KERANA kita tidak akan mampu membina asas bersefahaman ataupun “tafaahum” pada rukun usrah yang kedua apatah lagi menuju kepada tahap yang lebih agung yakni pada rukun usrah yang ketiga iaitu tolong-menolong atau disebut sebagai “takaaful”.


Banyak persoalan yang bermain difikiran saya telah terjawab yang menjawab persolan-persoalan mengapa usrah aku tidak menarik? Persoalan ini terjawab kerana kita gagal berkenalan dalam erti kata lain MENGENALI ahli kita dengan sebenar-benarnya, kita gagal mengetahui kehendak ahli usrah kita, kita gagal menjaga hati ahli usrah kita, kita tidak menjaga pertuturan kita, sifat pentingkan diri-sendiri masih menyelubungi diri kita, kita tidak fikirkan soal perasaan ahli kita, tapi dalam masa 24 jam kita terlalu banyak menghabiskan masa untuk diri kita, sedangkan dalam pada masa yang sama ada dikalangan ahli yang berkecil hati kerana kita dan akhirnya wujudlah sebuah usrah yang tidak menarik, bosan dan menyakitkan hati. Walaupun penulisan ini seakan-akan seperti mengkritik tetapi ia realiti berlaku, oleh yang demikian untuk mewujudkan usrah yang baik, semua perkara tidak boleh terletak dibahu naqib semata-mata tetapi semua ahli haruslah memahami bersama. Hakikatnya ahli usrah kita ibarat keluarga yang harus kita kenal hati budinya dan janganla kita sesekali melayannya seperti seorang hamba atau seperti binatang yang tiada perasaan.


No comments: