(Salam Wasilah UkhwahFillah dan selamat datang ke laman blog BadrulMukminin.Blogspot.com)

Monday, May 10, 2010

DRUG INTERVENTION COMMUNITY IBARAT “ONE STOP CENTRE” PENAGIH

Pengalaman hari pertama berpraktikal di agensi drug intervention community ( dic ) pahang telah mengajar saya banyak perkara terutamanya berkaitan dengan hal ehwal pengurusan penagih dadah. DIC merupakan sebuah agensi perkhidmatan sosial yang khusus dalam proses intervensi terhadap penagih dadah sama ada yang sedang terjebak, dalam proses pemulihan ataupun yang telahpun berhenti serta merta daripada menagih. Perasaan saya pada hari pertama berhadapan dengan suasana kehidupan penagih merupakan pengalaman yang sukar untuk dilupakan, apa yang menarik perhatian saya proses pemulihan terhadap penagih yang ditawarkan DIC adalah sangat berlainan dengan agensi dadah kebangsaan. Keupayaan DIC bukan sahaja memberi perkhidmatan pemulihan tetapi ia lebih berkonsepkan kepada memenuhi keperluan berdasarkan keinginan penagih, beza dengan agensi dadah kebangsaan yang 100% kepada pemulihan tanpa keinginan penagih itu sendiri.

Sehari berpraktikal kami diperkenalkan beberapa unit dibawah DIC yang mana setiap satu unit mempunyai perkhidmatannya yang tersendiri. Ia ibarat ONE STOP CENTRE penagih yang mana kesemua keinginan penagih dipenuhi termasuklah pemberian jarum percuma, kondom dan perkhidmatan urus diri khusus untuk para penagih yang cukup berbeza dengan agensi dadah kebangsaan. Kehebatan DIC terserlah lagi apabila pengurusan pentadbiran diuruskan oleh bekas-bekas penagih yang berjaya pulih yang kini memegang jawatan penting dalam organisasi DIC. Selain penagih DIC juga menyediakan perkhidmatan kepada ibu-ibu tunggal yang terkesan dengan HIV dan anak-anak penagih yang kurang bernasib baik. Penagih lelaki dan wanita masing-masing ditempatkan ditempat yang berasingan.

Terdetik dihati betapa kerja-kerja komuniti sebegini merupakan satu kerja yang sangat mulia, hebatnya hidayah Allah sehingga mampu mengubah seseorang walau tampak sukar dipandangan masyarakat. Usaha yang ditunjukkan oleh bekas-bekas penagih semata-mata menurunkan peratusan penagihan dadah di pahang khasnya menaikkan semagat saya menabur bakti di negeri sendiri. Mudah-mudahan ilmu yang Allah turunkan kepada saya mampu saya aplikasikan untuk anak bangsa sendiri.



1 comment:

sfullmb.blogspot.com said...

1dlm1000...sesungguhnya semuanya bergantung pd sejauh mna pengorbanan&keikhlasan hati org kuat dblkg tabir DIC...