(Salam Wasilah UkhwahFillah dan selamat datang ke laman blog BadrulMukminin.Blogspot.com)

Wednesday, May 19, 2010

JANGAN NILAI SUMBANGAN ORANG LAIN

Pengalaman menjalani proses tarbiah telah mengajar saya erti sebuah perjuangan, tidak kirala tarbiah peringkat kampus ataupun kawasan ia membawa erti yang cukup besar buat diri saya yang masih jahil dan leka. Namun kadang-kadang saya mengakui bahawa tugas berat menanti bagi orang-orang yang benar-benar faham. Proses pembelajaran berjalan hari demi hari semata-mata mencari kemahiran kritikal dalam gerak kerja. Kasudahan yang dirancang hanya mampu dinilai setelah berlakunya proses gerak kerja, disini pastinya ramai yang meneliti setiap tindak tanduk yang kita buat. Samada berjaya ataupun tidak semuanya telah ditempuh dengan cukup berani dan kebolehan seseorang seharusnya mampu dipertingkatkan tanpa ada kritikan yang memburukkkan lagi suasana.

Namun semenjak kebelakangan ini saya semakin resah dan gusar melihat segelintir rakan seperjuangan menghambur kata-kata yang tidak sepatutnya. Boleh dikatakan seperti nasihat tetapi dalam pada masa yang sama ia terlalu menyakitkan hati dan kadang-kadang boleh menyebabkan lunturnya semangat perjuangan yang disemai semenjak detik bai`ah dilafazkan. Inikah nilai tarbiyah yang diinginkan sehingga kita sendiri selaku budak jemaah sanggup menilai sumbangan ahli jemaah yang lain, sedangkan kita tidak sedar bahawa apa yang orang lain buat adalah semata-mata atas kemampuannya yang tersendiri. Kita selaku budak jemaah harus memahami bahawa setiap ahli mempunyai levelnya tersendiri, belajar gerak kerja dalam masa yang singkat sepatutnya tahap penilaian kita harus bersesuaian dengan usaha yang dia buat, kita mengkritik seakan-akan apa yang kita laksanakan segala-galanya serba sempurna, padahal perjuangan yang kita bawa belum mencapai sedikit kejayaanpun. Oleh yang demikian haruslah kita menyedari setiap orang sememangnya menginginkan kejayaan dan kesempurnaan, namun hakikatnya ia sukar untuk dicapai jika dinilai semula berdasarkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi, orang yang aktif kawasan sewenang-wenangnya membuat kritikan terhadap gerak kerja kampus begitu juga sebaliknya. Jesteru orang yang dikatakan hebat dalam jangan terlalu memandang rendah pada ahli yang baru berjinak-jinak dalam medan perjuangan sebaliknya bimbinglah dia dengan berhikmah tanpa ada stigma yang negatif.

Sesungguhnya Allah tidak memandang sejauhmana kejayaan yang boleh kita capai tetapi ternyata keutamaannya Allah melihat sejauhmana kita berusaha ke arah mencapai kejayaan. Perjuangan nabi Nuh a.s menceritakan kisah dakwahnya selama 950 tahun, namun hasilnya hanya beberapa orang sahaja yang menyahut seruan tersebut dan kemuncak ujian yang diterima oleh nabi Nuh a.s apabila anak dan isteri pula menolaknya, walau bagaimanapun Allah memberi ganjaran berlipat kali ganda kerana usaha keras nabi Nuh a.s. oleh itu sekalung penghargaan kepada ahli jemaah yang banyak memberi sumbangan untuk kejayaan islam, tak kira berjaya atau sebaliknya, banyak atau sikit namun biarlah kita niatkan perjuangan kita ini semata-mata kerana Allah s.w.t. janganlah mudah membenci orang lain kerana sedikit kesilapan kerana hati manusia tidak serupa, boleh jadi berlaku benda yang tidak kita ingini, barula penyesalan menyelubungi diri kita.

No comments: