(Salam Wasilah UkhwahFillah dan selamat datang ke laman blog BadrulMukminin.Blogspot.com)

Thursday, May 6, 2010

HATIKU DI SABAH

Perancangan hidup yang telah saya buat ketika dibangku sekolah lagi, hati ini sering berkata bahawa biarlah segala-galanya di sabah, berkhidmat di sabah, belajar di sabah, berkahwin di sabah, dan menetap di sabah. Perancangan ini telah dibuat 5 tahun yang lalu, hanya tinggal 2 tahun sahaja lagi untuk melengkapkan perancangan 5 tahun sebelum membuat perancangan di alam hidup yang baru. Namun perancangan ini sedikit tersasar daripada apa yang dihajati, kita merancang tetapi perancangan Allah itu lebih baik, nasib tak menyebelahi kerana hasrat untuk menabur bakti untuk masyarakat sabah khasnya tawau tidak kesampaian, Allah hantar hamba yang hina ini ke negeri orang untuk menabur bakti sambil menimba ilmu di bumi Allah. 22 tahun di sabah tanpa pernah pergi kenegeri orang walau sehari, namun tanpa disedari Allah telah membuka hati ini dan memberi peluang belajar tentang budaya masyarakat pahang khasnya dan tanah semenanjung amnya.

Takdir ILLAHI 3 bulan berpraktikal di negeri pahang semestinya akan mengajar diri ini tentang erti hidup, ternyata dan benarlah kata-kata Allah didalam surah Al-hujurat bahawa Dia menciptakan manusia ini berpuak-puak dan kita selaku manusia diperintahkan untuk saling kenal-mengenal. Setelah mendengar penjelasan dari sahabat saya mengenai budaya masyarakat disana, terdetik dihati ini jika nak dibandingkan dengan sabah memang terlalu jauh bezanya. Namun cabaran berhadapan dengan golongan penagih merupakan satu cabaran yang sangat besar bagi saya. Ilmu yang saya timba sema 3 tahun dinegeri sabah pastinya akan dipraktikkan 100% demi mencapai inflasi gejala sosial yang melanda negara kita. Golongan remaja terutamanya merupakan golongan yang sangat mudah terjerumus dalam gejala sosial, oleh itu golongan intlektual yang dilahirkan oleh Allah sepatutnya menjadi idol terbaik untuk melahirkan generasi yang bermoral.

Walau apapun berlaku diri ini akan sentiasa berdoa agar semuanya selamat, walau berada dimana sahaja moga-moga Allah mencampakkan keberkatan dan rahmatNya yang tak pernah terhenti-henti untuk manusia. Tidak kira berada di negeri orang, semoga hati yang telah dicuri oleh orang sabah ini kekal setia dengan cita-cita yang diimpikan, moga Allah merestuinya. Akhir kata kepada sahabat-sahabat yang nak berpraktikal teruskan berkhidmat untuk masyarakat, walaupun ada juga sahabat yang terkena dikawasan majoriti non-muslim, moga Allah cekalkan hati insyaAllah. Bagi yang berada dikampus teruskanlah menuntut ilmu dan gighla dalam perjuangan kampus untuk mahasiswa kerana hidup ini lebih bermakna jika roh dan jasad memberi.



No comments: