(Salam Wasilah UkhwahFillah dan selamat datang ke laman blog BadrulMukminin.Blogspot.com)

Monday, June 14, 2010

ISLAM adil untuk semua

Pada 12 jun 2010 alhamdulillah saya berkesempatan menghadiri muktamar pas kali ke 56 di pengkalan chepa kelantan, negeri serambi mekah buat pertama kali dijejaki telah melunaskan impian saya untuk bertandang ke sana. Perjalanan yang mengambil masa kurang lebih 7 jam sangat memenatkan namun riak hati terus teruja untuk melihat sendiri negeri kelantan dibawah kepimpinan ulama. Daripada kuantan pahang ke kuala terengganu kemudian setibanya ke kota bharu dan bertemu dengan sahabat seperjuangan di kelantan merupakan pengalaman yang sangat menyeronokkan.

Muktamar ke 56 telah berlangsung di pusat tarbiyah islamiyah kelantan ( putik ) bermula sejak hari jumaat lagi dan berakhir pada hari ahad. Kunjungan saya pada hari kedua muktamar cukup mengejutkan saya dengan beribu-ribu orang membanjiri kawasan muktamar daripada seluruh pelusuk negeri, apa yang lebih mengejutkan saya terdapat segelintir pemuda yang menghadiri muktamar dengan berkonvoi daripada negeri pulau pinang. Sesuatu yang cukup mengharukan saya, hal ini membuktikan kepimpinan pas yang diterajui oleh golongan ulama mendapat sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat samada yang tua atau yang muda.

Bertemakan “ islam adil untuk semua “ yang ingin dibawa pada muktamar kali ini, saya melihat islam sememangnya agama yang mengajar umatnya bersikap adil dalam segala aspek kehidupan. Adil terhadap perkara-perkara remeh sehingga perlu adil terhadap golongan bukan islam. Tema yang dibawah sememangnya bersesuaian untuk membuktikan bahawa islam bukanlah agama yang jumud dan pas merupakan sebuah parti yang membawa islam dan mampu untuk menerajui kepimpinan negara.

Perbahasan daripada perwakilan sememangnya cukup menarik, apa yang menarik perhatian saya adalah perbahasan daripada perwakilan dewan ulama dan pemuda pas yang menyatakan bahawa pas perlu mengekalkan dasar perjuangannya iaitu dasar islam yang dibawa sejak penubuhannya lagi, oleh yang demikian pas perlu terus kekal menerajui islam dalam kepimpinannya dan tidak sesekali menyimpang daripada dasar tersebut.

Pada sebelah malamnya pula telah berlangsung ceramah khas sempena muktamar yang diserikan dengan ceramah 2 tok guru disamping ucapan-ucapan daripada parti islam daripada negara luar seperti HAMAS, MILF dan lain-lain lagi.

Seharian berada di negeri serambi mekah sememangnya cukup meletihkan namun itulah pengalaman yang sangat menyeronokkan dengan meninggalkan kelantan pada keesokan harinya dengan kenangan yang sukar dilupakan. Moga Allah terus memberkati kelantan serta mencurahkan rahmatNya yang tidak terhingga kepada kelantan dan negara Malaysia yang tercinta.



Monday, June 7, 2010

YAHUDI akan kembali ke era kesusahan

Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka.

Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".

Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan
manusia secara keseluruhannya. Peristiwa sekatan bantuan kemanusiaan ke semenanjung gaza isnin lalu yang menyebabkan 9 orang terkorban dan lebih 50 orang tercedara membuktikan bahawa rejim zionis benar-benar berada dalam landasannya untuk menguasai dunia. Sekatan yang dibuat tidak lain dan tidak bukan hanyalah memastikan keangkuhan mereka terserlah di mata dunia dan menonjolkan kekuasaan mereka kepada umat islam khasnya.

Jika kita fikirkan melalui akal logik patutkah rejim zionis menghalang misi bantuan kemanusiaan ke gaza, pasti jawapannya adalah tidak logik. Impian menguasai dunia menyebabkan segala-galanya nampak logik dipandangan israel, maka tidak hairanlah permulaan penguasaan mereka akan bermula di tanah palestin. Darah umat islam akan terus ditagih oleh orang yahudi kerana ia merupakan perbuatan yang sangat mulia bagi mereka. Nilai seorang yahudi yang dibunuh nilainya adalah seribu nyawa orang islam.

Sekatan bantuan yang dilakukan oleh israel berlaku dalam tempoh masa yang berulang contohnya Pada Jun 2008, satu perjanjian genjatan senjata antara hamas dan Israel anjuran Mesir berjaya ditandatangani. Tetapi Israel memungkirinya dengan mengadakan sekatan semula di pintu masuk dari Israel ke Semenanjung Gaza. Oleh itu warga Palestin di Semenanjung Gaza tidak mendapat bekalan makanan dan fasiliti lain seperti gas, bekalan elektrik, air, ubat dan pelbagai barangan lain . Sememangnya Semenanjung Gaza tidak dapat berdiri sendiri melainkan bergantung menerima belas ehsan daripada pihak berkuasa Israel. Israel menjadikan hal ini sebagai sorong-tarik dalam krisisnya dengan Hamas yang kini mendapat sokongan besar di Semenanjung Gaza.

Maka dengan itu selaku orang islam sewajarnya kita tidak boleh berpeluk tubuh tanpa membuat sesuatu, samada kekejaman yahudi atapun pengkhianatan yahudi perlu kita war-war kan kepada sahabat seagama kita yang lain. Kesedaran tentang misi yahudi laknatullah ini adalah perkara yang sangat penting kerana dengan kesedaran inilah yang akan membawa kita ke arah persediaan pelbagai aspek dalam mencapai kemenangan islam yang telah dijanjikan oleh ALLAH s.w.t, orang islam perlu menilai semula dari sudut aspek pendidikan awal manusia, ekonomi dan status sosial yang telah kita terapkan dalam kehidupan kita, budaya hidup yang disemai perlu ada perubahan kerana titik kekalahan itu bermula kerana kelalaian kita.



Wednesday, May 19, 2010

JANGAN NILAI SUMBANGAN ORANG LAIN

Pengalaman menjalani proses tarbiah telah mengajar saya erti sebuah perjuangan, tidak kirala tarbiah peringkat kampus ataupun kawasan ia membawa erti yang cukup besar buat diri saya yang masih jahil dan leka. Namun kadang-kadang saya mengakui bahawa tugas berat menanti bagi orang-orang yang benar-benar faham. Proses pembelajaran berjalan hari demi hari semata-mata mencari kemahiran kritikal dalam gerak kerja. Kasudahan yang dirancang hanya mampu dinilai setelah berlakunya proses gerak kerja, disini pastinya ramai yang meneliti setiap tindak tanduk yang kita buat. Samada berjaya ataupun tidak semuanya telah ditempuh dengan cukup berani dan kebolehan seseorang seharusnya mampu dipertingkatkan tanpa ada kritikan yang memburukkkan lagi suasana.

Namun semenjak kebelakangan ini saya semakin resah dan gusar melihat segelintir rakan seperjuangan menghambur kata-kata yang tidak sepatutnya. Boleh dikatakan seperti nasihat tetapi dalam pada masa yang sama ia terlalu menyakitkan hati dan kadang-kadang boleh menyebabkan lunturnya semangat perjuangan yang disemai semenjak detik bai`ah dilafazkan. Inikah nilai tarbiyah yang diinginkan sehingga kita sendiri selaku budak jemaah sanggup menilai sumbangan ahli jemaah yang lain, sedangkan kita tidak sedar bahawa apa yang orang lain buat adalah semata-mata atas kemampuannya yang tersendiri. Kita selaku budak jemaah harus memahami bahawa setiap ahli mempunyai levelnya tersendiri, belajar gerak kerja dalam masa yang singkat sepatutnya tahap penilaian kita harus bersesuaian dengan usaha yang dia buat, kita mengkritik seakan-akan apa yang kita laksanakan segala-galanya serba sempurna, padahal perjuangan yang kita bawa belum mencapai sedikit kejayaanpun. Oleh yang demikian haruslah kita menyedari setiap orang sememangnya menginginkan kejayaan dan kesempurnaan, namun hakikatnya ia sukar untuk dicapai jika dinilai semula berdasarkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi, orang yang aktif kawasan sewenang-wenangnya membuat kritikan terhadap gerak kerja kampus begitu juga sebaliknya. Jesteru orang yang dikatakan hebat dalam jangan terlalu memandang rendah pada ahli yang baru berjinak-jinak dalam medan perjuangan sebaliknya bimbinglah dia dengan berhikmah tanpa ada stigma yang negatif.

Sesungguhnya Allah tidak memandang sejauhmana kejayaan yang boleh kita capai tetapi ternyata keutamaannya Allah melihat sejauhmana kita berusaha ke arah mencapai kejayaan. Perjuangan nabi Nuh a.s menceritakan kisah dakwahnya selama 950 tahun, namun hasilnya hanya beberapa orang sahaja yang menyahut seruan tersebut dan kemuncak ujian yang diterima oleh nabi Nuh a.s apabila anak dan isteri pula menolaknya, walau bagaimanapun Allah memberi ganjaran berlipat kali ganda kerana usaha keras nabi Nuh a.s. oleh itu sekalung penghargaan kepada ahli jemaah yang banyak memberi sumbangan untuk kejayaan islam, tak kira berjaya atau sebaliknya, banyak atau sikit namun biarlah kita niatkan perjuangan kita ini semata-mata kerana Allah s.w.t. janganlah mudah membenci orang lain kerana sedikit kesilapan kerana hati manusia tidak serupa, boleh jadi berlaku benda yang tidak kita ingini, barula penyesalan menyelubungi diri kita.

Saturday, May 15, 2010

APA TANDA MELAYU

Apa tanda melayu benar
Terhadap islam ia tak ingkar
Apa tanda melayu benar
Kepada islam ia bersandar
Apa tanda melayu benar
Membela islam tahan dibakar
Apa tanda melayu benar
Ajaran islam ia mengakar
Apa tanda melayu terhormat
Kepada Allah ianya taat
Apa tanda melayu terhormat
Kepada syarak ia menepat
Apa tanda melayu terhormat
Membela islam tahan dipepat
Apa tanda melayu senonoh
Mengerjakan ibadah tiada bertangguh
Apa tanda melayu senonoh
Membela islam tahan dibunuh
Apa tanda orang melayu
Kepada islam ia bertumpu
Apa tanda orang melayu
Dengan islam ia menyatu
Apa tanda orang melayu
Islam menjadi kain dan baju
Apa tanda orang melayu
Islam semata didalam kalbu

Monday, May 10, 2010

DRUG INTERVENTION COMMUNITY IBARAT “ONE STOP CENTRE” PENAGIH

Pengalaman hari pertama berpraktikal di agensi drug intervention community ( dic ) pahang telah mengajar saya banyak perkara terutamanya berkaitan dengan hal ehwal pengurusan penagih dadah. DIC merupakan sebuah agensi perkhidmatan sosial yang khusus dalam proses intervensi terhadap penagih dadah sama ada yang sedang terjebak, dalam proses pemulihan ataupun yang telahpun berhenti serta merta daripada menagih. Perasaan saya pada hari pertama berhadapan dengan suasana kehidupan penagih merupakan pengalaman yang sukar untuk dilupakan, apa yang menarik perhatian saya proses pemulihan terhadap penagih yang ditawarkan DIC adalah sangat berlainan dengan agensi dadah kebangsaan. Keupayaan DIC bukan sahaja memberi perkhidmatan pemulihan tetapi ia lebih berkonsepkan kepada memenuhi keperluan berdasarkan keinginan penagih, beza dengan agensi dadah kebangsaan yang 100% kepada pemulihan tanpa keinginan penagih itu sendiri.

Sehari berpraktikal kami diperkenalkan beberapa unit dibawah DIC yang mana setiap satu unit mempunyai perkhidmatannya yang tersendiri. Ia ibarat ONE STOP CENTRE penagih yang mana kesemua keinginan penagih dipenuhi termasuklah pemberian jarum percuma, kondom dan perkhidmatan urus diri khusus untuk para penagih yang cukup berbeza dengan agensi dadah kebangsaan. Kehebatan DIC terserlah lagi apabila pengurusan pentadbiran diuruskan oleh bekas-bekas penagih yang berjaya pulih yang kini memegang jawatan penting dalam organisasi DIC. Selain penagih DIC juga menyediakan perkhidmatan kepada ibu-ibu tunggal yang terkesan dengan HIV dan anak-anak penagih yang kurang bernasib baik. Penagih lelaki dan wanita masing-masing ditempatkan ditempat yang berasingan.

Terdetik dihati betapa kerja-kerja komuniti sebegini merupakan satu kerja yang sangat mulia, hebatnya hidayah Allah sehingga mampu mengubah seseorang walau tampak sukar dipandangan masyarakat. Usaha yang ditunjukkan oleh bekas-bekas penagih semata-mata menurunkan peratusan penagihan dadah di pahang khasnya menaikkan semagat saya menabur bakti di negeri sendiri. Mudah-mudahan ilmu yang Allah turunkan kepada saya mampu saya aplikasikan untuk anak bangsa sendiri.



Thursday, May 6, 2010

HATIKU DI SABAH

Perancangan hidup yang telah saya buat ketika dibangku sekolah lagi, hati ini sering berkata bahawa biarlah segala-galanya di sabah, berkhidmat di sabah, belajar di sabah, berkahwin di sabah, dan menetap di sabah. Perancangan ini telah dibuat 5 tahun yang lalu, hanya tinggal 2 tahun sahaja lagi untuk melengkapkan perancangan 5 tahun sebelum membuat perancangan di alam hidup yang baru. Namun perancangan ini sedikit tersasar daripada apa yang dihajati, kita merancang tetapi perancangan Allah itu lebih baik, nasib tak menyebelahi kerana hasrat untuk menabur bakti untuk masyarakat sabah khasnya tawau tidak kesampaian, Allah hantar hamba yang hina ini ke negeri orang untuk menabur bakti sambil menimba ilmu di bumi Allah. 22 tahun di sabah tanpa pernah pergi kenegeri orang walau sehari, namun tanpa disedari Allah telah membuka hati ini dan memberi peluang belajar tentang budaya masyarakat pahang khasnya dan tanah semenanjung amnya.

Takdir ILLAHI 3 bulan berpraktikal di negeri pahang semestinya akan mengajar diri ini tentang erti hidup, ternyata dan benarlah kata-kata Allah didalam surah Al-hujurat bahawa Dia menciptakan manusia ini berpuak-puak dan kita selaku manusia diperintahkan untuk saling kenal-mengenal. Setelah mendengar penjelasan dari sahabat saya mengenai budaya masyarakat disana, terdetik dihati ini jika nak dibandingkan dengan sabah memang terlalu jauh bezanya. Namun cabaran berhadapan dengan golongan penagih merupakan satu cabaran yang sangat besar bagi saya. Ilmu yang saya timba sema 3 tahun dinegeri sabah pastinya akan dipraktikkan 100% demi mencapai inflasi gejala sosial yang melanda negara kita. Golongan remaja terutamanya merupakan golongan yang sangat mudah terjerumus dalam gejala sosial, oleh itu golongan intlektual yang dilahirkan oleh Allah sepatutnya menjadi idol terbaik untuk melahirkan generasi yang bermoral.

Walau apapun berlaku diri ini akan sentiasa berdoa agar semuanya selamat, walau berada dimana sahaja moga-moga Allah mencampakkan keberkatan dan rahmatNya yang tak pernah terhenti-henti untuk manusia. Tidak kira berada di negeri orang, semoga hati yang telah dicuri oleh orang sabah ini kekal setia dengan cita-cita yang diimpikan, moga Allah merestuinya. Akhir kata kepada sahabat-sahabat yang nak berpraktikal teruskan berkhidmat untuk masyarakat, walaupun ada juga sahabat yang terkena dikawasan majoriti non-muslim, moga Allah cekalkan hati insyaAllah. Bagi yang berada dikampus teruskanlah menuntut ilmu dan gighla dalam perjuangan kampus untuk mahasiswa kerana hidup ini lebih bermakna jika roh dan jasad memberi.